The Jusangjeolli are stone pillars piled up along the coast and is a designated cultural monument of Jejudo Island. The Jusangjeolli was formed when the lava from Mt.Hallasan erupted into the sea of Jungmun. They are rock pillars shaped like cubes or hexagons of various sizes and almost seem as if stonemasons had carved them out
Bila nampak ombak ombak kecil terhempas ke batu batu ni nampak cantik je. Bila pergi Morib takde pulak feel macam ni. Double standard sangat kan? hehe
Ni antara gambar favorite tuan tanah. Btw, tuan tanah beli monopod tu seminggu sebelum nak pergi trip ni dengan harga RM50. Punyala takut takdak sapa nanti nak ambilkan gambar, sampai beli monopod. Sudahnya kadang kadang je guna. Agak tidak stable bila guna dengan handphone tuan tanah.
Dari Jusangjeolli Cliff, kami terus dibawa melihat Oedolgae Rock. Banyak cerita mitos pasal batu ni. Kepercayaan diorang kan. Nak sampai ke sini dari parking lot tu kena turun tangga dalam 50 anak tangga kot. Pergi seronoklah. Tang balik tu ketaq kepala lutut. Hehe.
It is an amazing rock 10 meters in circumference and 20 meters in height and is also known as the Changgun Rock. It is surrounded by beautiful islands such as Bum Island, Sae Island and Seonnyu (fairy) Rock. The sunset of Bum Island, which can be seen from Oedolgae, has long been an essential stop for tourists going to Jeju Island.
Mr Cheon pun duk sibuk la cerita tentang sejarah batu ni. Katanya batu yang tinggi ni sebenarnya berasal dari seorang isteri yang duk menunggu je suami dia pulang dari laut. Satu hari tu si suami ke laut dan tidak balik balik. Dipercayai mati dilaut. So si isteri ni tak percaya dan tetap setia menunggu suami pulang. Hah lebih kurang begitulah. Sampailah isteri tu jadi batu. Sungguhlah setia isteri tu kan?
Nampak yang batu kecil disebelah kiri batu tinggi tu? Yang tu pula dipercayai timbul setelah batu tinggi tu timbul. Konon kononnya itu lambang suaminya yang telah mati dilaut. Giteww. Romeo & Juliet kalah wei. Juliet tak jadi batu. Dah satu taraf Si Tanggang dah ni. Hehe
Kan entry sebelum ni tuan tanah ada cakap yang kami ni asal naik taxi mesti tidur kan, Oleh kerana jam dah hampir masuk jam 7 malam, Mr Cheon cadangkan untuk kami terus pulang ke hotel sebab muka kami memang sebenarnya dah tahap tak bermaya sebab terlalu penat. Dia memang mengerti perasaan kami. Memang melonjak kegembiraan sungguh. Bayangkan kali terakhir mandi adalah dirumah di Klang. hahaha. Nasibla cuaca sejuk. Bayangkan kalau cuaca panas macam kat Malaysia ni. Ok jangan bayangkan.
Kami memilih Goodstay December Hotel untuk 1 malam di Jeju. Maaf hotel ni takde website. Kami booking dari Agoda siap siap. Memang buat keputusan duduk hotel ni semata mata dari review agoda & tripadvisor je. So far memang setuju sangat sangat dengan kebanyakan orang yang buat review. Bilik luas. Macam standard hotel hotel 3 bintang kat tempat kita.
Maafkan tuan tanah sebab takde langsung gambar pasal hotel ni. Tapi korang boleh pergi Agoda untuk tengok gambar. Memang lebih kurang. Takla macam indah kabar dari rupa. Kami pilih Standard Double Room dengan harga krw50,000. Ada tv, ada 2 set single sofa, ada coffee table, ada refreshment dan yang paling penting ada floor heating. Ini memang wajib. Beza standard & deluxe room diorang hanyalah bath tub. Kalau standard room ada shower je. Deluxe siap ada bath tub. Ala kalau duduk takat nak tidur je, tapayah lah kan?
Masa mula mula check in tu memang agak kelakar. Receptionist duk ajar cara guna remote tv, remote air cond, dan floor heat punya remote tu. Siap lukis lukis sebab dia takut kami tak faham agaknya. Hihi. Mula mula tu tak faham juga kenapa dia kata "this remote aircond no need to on" Dalam hati rasa "aik kan main kedekut lagi tabagi kami on aircond. Pedulik hapa. Aku nak on jugak!" Bila dah masuk bilik baru faham. Punyala sejuk lantai & dinding hotel ni. Memang tak buka aircond langsung. Tak perlu. Campak buang je. haha. Ok over.
Nah ini makanan kami untuk malam pertama kami di South Korea. First time makan nasi yang selalu disebut sebut oleh bloggers. Sambal hitam tu Mimi bawak. First time juga tuan tanah makan. Rasa macam makan inai pun ada. Rasa pelik kat tekak tuan tanah. Tapi tu la makanan ruji kami sepanjang kat sini. Dan paling hebatnya, meggi tu. Rasa extra sedap kalau kat tempat orang kan? Cuba makan kat rumah. Rasa rugi beli. Haha.
Oklah, nanti tuan tanah sambung dengan Day 2 pula ye. Selamat bekerja semua!
No comments:
Post a Comment